Thursday 19 September 2013

Imtihan: Ujian, Dugaan dan Tujuan :)

Minggu depan apa?? EXAM??!!

Mesti ramai yg baru perasan kan bila lecturer ingatkan. Sem dah nak habis. Dan exam dah dekat.*panic
Eh lupa pulak:

Bismillahirrahmanirrahim.
Dgn nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dalam kesibukan nak siapkan assignments, nak revise utk final exam n nak siapkan kerja kerja sampingan,ana tergerak nak buat perkongsian. Summary daripada apa yg ana dapat dalam bulatan gumbira,nasihat akhawat,tazkirah kat Twitter(tech-savvy gitu),baca kat buku dan pembelajaran dalam kelas. Lebih kepada teguran kpd diri sendiri sebenarnya. Tapi nak jugak jugak kongsi. Mana lah tahu bermanfaat kan,in shaa Allah. Sharing is caring :)

                            'EXAM'


Hah. Tuu diaa. Bagi word tu sebesar mungkin. Saja nak bagi cuak kat semua orang. Okay sapa yg dah duk cepat cepat sambar buku tu,tahniah anda dah ada kesedaran. hehe
Bila sebut tentang exam, mesti ramai yg terfikir pasal study struggle style,stay up sampai pagi,caffeine,selak buku tebal macam tilam dan sebagainya. Study week ni la masing masing muka aged. Dgn puffy eyebags nya. Ok cukup la hiperbola ana ni. Bila nak masuk isi kan. Asif.

Jujur,ana pun jenis yg macam tu. Bila dah stressed nak study sampai tak ingat benda lain dah. Then one blessed day ana terbaca tweet sorang senior ni;

Stay up berjam jam sampai pagi. Lepas tu terbabas subuh. Selak buku sampai baca hafal ayat sebaris sebaris. Tapi bukak belek Quran jarang sekali. Kita ni hamba Allah ke hamba exam sebenarnya?
Terbaca ayat dia dan sentap right on the spot. Sibuk sangat nak kejar dunia sampai kadang kadang akhirat berciciran. Macam tu la kita. Eh tapi tak semua la,ada je orang yg mampu balance both. Hehe jgn marah.
Fitrah la tu. Makin kita kejar akhirat,makin dunia kejar kita. Tapi once kita kejar dunia banyak sangat,ada risiko terabai akhirat kita :(
Sebab tulah kita,umat Islam bertuhankan Allah SWT dan bernabikan Rasulullah SAW ni kena pandai balance.

  • Nak study tu study la. Tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab. Ye study tu pun tanggungjawab,tapi kalau dah khusyuk sangat study sampai tak sedar dah masuk waktu solat. Lepas tu Zuhur ke mana Asar ke mana pun tak tahu. Mana yg lagi berat ni sebenarnya? Solat ke study? Alasan pulak tak dengar azan. Kenapa tak dengar? Sebab sumbat kapas dalam telinga. Nak concentrate study. Alahai.*geleng kepala

Orang yg paling senang bukannya orang yg duit beribu dalam purse. Tapi orang yg dengar je azan,terus ambik wudhuk,solat.
Dah kat panggilan azan tu pun Allah ajak kearah kejayaan. Study la macammana pun,kalau  Allah tak bagi berjaya,selamanya la kita gagal.

Eleh ye ye je kau ni. Kawan aku ada je sorang tak pernah sentuh sejadah pun. Solat jauh sekali. Tapi gempak je exam stret(straight) A. Ha jawab sikit.

Mesti ada yg fikir macam ni kan. Orang yg langgar perintah Allah tapi still berjaya kat dunia ni,tu bukan kejayaan. Tu istidraj nama dia. Macam Qarun dgn Firaun kan. Though diorang kuat menentang Islam,diorang la antara manusia paling berkuasa n paling kaya masa hayat diorang. Tapi ending diorang macammana? Tu tak sebut balasan kat akhirat lagi. Nak ke kita istidraj tu? Demi exam? Astaghfirullah :'(

  • Yg pasal stay up ni. Ehem. Ye lah ana mengaku ana pun nocturnal creature jugak. Maklum la kerja banyak. Lagi lagi kerja yg bertangguh(sila jangan contohi). Penangguhan kan pencuri masa. Curi masa tidur kita,masa rehat kita. Sedangkan Allah dah elok elok ciptakan waktu malam utk berehat dan beribadah,waktu siang utk mencari rezeki. Tapi kebanyakan anak anak muda sekarang ni waktu malam la peak hour dia. Situ la sibuk nak baca itu ini, buat itu ini. Dah dekat dekat waktu imsak baru nak tidur sekejap,dengan niat nak lelap mata seminit dua sementara tunggu azan Subuh. Ye ye la sekejap. Tetiba celik je dah terang benderang! Uhuk uhuk..
Okay lagi kalau celik mata dah terang. Boleh lagi cepat cepat tunaikan solat tu. Macammana kalau celik mata je dah gelap gelita. Rupa-rupanya dalam kubur dah,mati dalam keadaan tinggalkan solat. Tak ke naya.
Ha yg ni komen yg ana terbaca kat Twitter. memang naya!!

Sedang kan orang yg cerdik dia kan bahagikan waktu malam, sepertiga utk berehat,sepertiga utk beribadah. Sepertiga lagi ana tak pasti apa dia. Rasanya menuntut ilmu. Sesiapa yg tahu boleh tolong ingatkan tak? Maaf memori tak kuat sangat :(

  • Dalam mengejar deadline nak hantar assignment n kalut nak revision tu, ibadah jangan lupa. Kalau boleh yg sunat pun sekali. Lepas otak serabut hafal segala teori fakta formula dalam buku,boleh la selak selak al-Quran bagi ease out sikit serabut tu. Jangan selakje,belek dan faham sekali.Takkan nak biar naskhah tu kumpul habuk je atas rak. Allah dah turunkan al-Kitab ni dengan pelbagai fungsi dan kegunaan. Cuma bergantung dgn kita je nak manfaatkan macammana. Kalau kita guna takat nak ubat gangguan jin je,memang tu je lah kita dapat. Kalau kita nak manfaatkan 5% je, hasil 5% tu jelah kita dapat. Bayangkan kita manfaatkan 100%,subhanallah tak ke beruntungnya kita?  
Solat sunat pun boleh.Boleh la mintak dipermudahkan urusan ke,ditenangkan jiwa ke,didamaikan hati ke. Yang paling penting kita kena mintak Allah tetapkan kedudukan DIA kat dalam hati kita. Dengan mengingati Allah kan,hati akan menjadi tenang. Kan kan. Kita dah usaha bersungguh,lepas tu doa. Lepas tu tawakkal la. Tawakkal= menyerah diri kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh. Jangan usaha habuk pun takdak tapi dah siap siap tawakkal dah. Tu namanya putus asa.
Kemudian apabila engkau berazam maka bertawakkallah kepada Allah,sesungguhnya Allah mencintai orang yg bertawakkal kepada-Nya
(al-Imran:159)

  •  Last but not least,jaga diri. Jaga diri yg macammana? Jauhi perkara yg boleh gelapkan hati kita sebab bila hati dah gelap,ilmu pun susah nak masuk. Tu yg study sampai 3 pagi tapi sepatah pun tak faham tu. Contohnya,ketawa berlebihan,kutuk murabbi(guru),makan benda tak elok dan hidup dalam maksiat. Hidup dalam maksiat,by all means,kita memang susah sikit nak cegah dan kawal. Tapi kalau kita berusaha,in shaa Allah boleh. Siapa yg berusaha,dia yg dapat. Kan?

 





Benda yg boleh buat bekal masa exam. Kot kot x sempat makan. Actually bekal air masak dgn kismis je pun dah boleh alas perut :)

Cakap(dan type) memanglah senang kan. Nak amal tu yg payah sikit. Entry kali ni pun ditujukan kepada diri ana sendiri jugak. Kalau ada khilaf ke,kurang ke,sila la tegur ya.
Tidak lengkap iman seseorang kalau tak bertegur sesama Muslim
(Sahih Muslim)

Dan semua(termasuk ana) kena ingat.
Kita bukan hamba assignment. Kita bukan hamba exam. Kita hamba ALLAH.

-Layyinul Ainy

5 comments:

  1. ain..... haha, slang mu .....bcmpur ...haha..jgn mrh

    ReplyDelete
  2. uina.....ko post di fb..haha....

    ReplyDelete
  3. haha . mantap la macik ! bagus2 ! buat lagi ba tazkirah laen laen ! perlukan santapan rohani y teramat byk ni ! :'(

    ReplyDelete
  4. woi2..baru aq jmpa blog lkmu dcni..:3

    ReplyDelete