Tuesday 25 November 2014

Peringatan Bagi Kita Yang Lupa

Assalamualaikum w.b.t.
Syukur ke hadrat Illahi kerana masi mampu bernafas hingga me hari ini..  Jujur sy cakap, rindu sangat2 mau update blog.. But, not have ideas to talk about..

Soooo,,, hari ni.. Kebetulan ada kelapangan (bole la) , saya mau share sikit pengetahuan atau penjelasan kpd masalah yg dihadapi oleh para remaja zaman skrg ni.. (Termasuk diri sendiri)

Bismillah.. Saya ada baca "Tarbiah Sentap". Nama pun tarbiah sentap, memang sentap la beb.. Pasal crush² ni, sepatutnya ndak perlu ada.. Knapa saya ckp mcm tu ?? Sebab kadang2 benda yg kita nampak remeh ni la yg sebenarnya memberi impak besar pada kita.. Senang cakap, kita minat seseorang tu.. Dan dalam masa yg sama kita MENGHARAP si polan tu pun minat dengan kita.. Ihh ihh ihhh.. Apa2 perkara yg menghampiri zina tu kan dosa.. Saya sedar tanpa kita sedar mahupun tidar sedar ia berlaku pada diri kita sndiri.. Sedar2kan diri kita masing2.. Untuk apa crush2 ni?? Klau rasa x bwak manfaat, tinggalkan.. Ingat janji ALLAH,manusia dijadikan berpasang-pasangan.. So chill lekk.. Hahha..

Sampai bila nak jadi hamba dosa kan.. Kita ni hamba ALLAH bukan hamba dosa.. Get it?? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. Simpan dalam fikiran kita.. Pintu taubat masi terbuka luas untuk kita.. Solat la dua rakaat mohon ampun kepadaNYA.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. Allah~~ Umat Islam mesti kuat.. Jangan abaikan amalan untuk akhirat.. Sama2 kita doa ya.. Semoga Islam sentiasa CEMERLANG !!

http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/boleh-ke-ada-crush.html?m=1⬅link tarbiah sentap tu.. Rajin2 kan lah tangan click, baca jgn x baca.. Sesuai utk peringatan bersama..

Apa yg saya kongsi ni sekadar mana ilmu yg saya ada.. Andai ada yg terkurang semuanya kekurangan diri saya.. Asif~~ Segala yg baik datang daripada ALLAH, yang buruk itu daripada saya sendiri..

Lupa trademark.. Okay2.. Yang menekan2 keypad in "Hanyalah Insan Biasa" 😁


*SALAM UKHUWAH FILLAH*
Move on ke arah kebaikan.. ✌

Saturday 6 September 2014

Coretan Biasa


ASSALAMUALAIKUM w.b.t


Bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana masi dipanjangkan umur sehingga ke hari ini.. Hye my lovely belog.. Long time no see.. Hehehehe.. Sehat jugak kan.. Well,, too many assignment and work to do.. Mau kongsi cerita pasal apa ya.. Hmm...


Actually there is a lot of story to tell.. Tapi,, setakat nih rasanya sy mau share pasal kehidupan sy sekarang nih..


First of all,, bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana masi diberi peluang utk hidup d dunia ini.. Macam kita selalu dengar orang cakap "Setiap Yang berlaku pasti ada hikmahnya ". Ya,, dulu sy ada perasaan ragu trhadap hujah ini.. Namun,,  sekarang alhamdulillah.. Sy sdh nmpak sedikit sebanyak hikmah tersebut..  Misalnya,, kegagalan sy untuk masuk universiti seperti kawan lain.. Alhamdulillah sekarang sy lebih kenal diri saya dan siapa kwan saya.. Percayalah sahabat, Allah pasti menggantikan kesedihan tersebut dgn sesuatu yg lain.. Yang paling penting kita harus bersabar..  Segala sesuatu yg berlaku d bumi ini telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. Kita haruslah redha dengan ketentuanNYA..
ALLAHU 



Mutiara kata:  "Sekiranya jatuh kerana manusia, maka bangkitlah kerana Allah Taala" Kuatlah kerana Allah S.W.T



Wallahu alam.. 😃😃😃


Coretan seorang insan biasa ™?😄😄😄😃😃😊😊😊

Friday 11 July 2014

رمضان

Bismillahirrahmanirrahim..
ALLAHU~~~


Senyumlah :D


Assalamualaikum..


Selamat Berpuasa.. Ramadhan 1435 H..Saya harap ramadhan tahun ni adalah ramadhan yang terbaik~~ Ramadhan yang kedua di perantauan.. Hmmm.. What to do.. Saya redha.. Allahu~~~ :D



Kehidupan di perantauan ini banyak mengajar saya erti hidup.. Berdikari, persahabatan dan banyak lagi.. Sejujurnya,, saya hampir give up untuk teruskan hidup di sini.. Ndak sanggup berjauhan dengan keluarga terutamanya.. Sebenarnya belajar jauh2 ni bnyak cabarannya.. But,, I have to do this.. For my future and my family too.. Masih ada tanggunggjawab yang harus dilaksanakan di tempat orang ni.. Alhamdulillah,, bersyukur ada keluarga jugak di sini.. May ALLAH ease everything.. One day,, the success and happiness will be mine.. If ALLAH wills.. :D



16 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.. Mungkinkah kita akan bertemu dengan ramadhan pada tahun hadapan ??? Wallahualam~~~ Ya Allah, jadikanlah ramadhan kali ni adalah ramadhan yang terbaik untuk hambamu ini.. Temukanlah hamba dengan malam lailatulqadar.. Amin~~~ -.-



-رمضان-













 

Friday 21 March 2014

Tawau, I'm back soon =.=

And I'm totally homesick :'(


Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya,, ada jugak kesempatan update blog kan.. The best thing is 2 weeks to go to sem break.. Yeyeyeye.. Alhamdulillah.. Bole melunas rindu kan.. Hehehehe.. Tawau,, wait for me okay.. Don't worry I'm back soon.. :D  Syukur ke hadrat Illahi dipanjatkan,, tahniah buat adek sepupu yg dapat keputusan yg cemerlang.. Akhirnya,, apa yg kamu hajati dapatkan.. I'm proud of you my dear.. Balek tawau kita jumpa ya,, kalau kw ndak p plkn la ya.. Mak, bapak, adek, abang,,, mu tunggu kakak mu datang ya.. Excited mcm cuti lama btul jak.. Hahaha.. Ndak pa la.. Yang penting dapat balek kan.. Salam ukhuwah -.-


Kepada semua orang tawau,, tunggu kedatangan saya ya.. Hehehe.. *perasan*
Wish me all the best for final exam :D
In Sha Allah,, flying colours result.. Amin~~~
Segala yg baik datang dari Allah,, yg buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri.. WallahuAlam =.=

Thursday 19 September 2013

Imtihan: Ujian, Dugaan dan Tujuan :)

Minggu depan apa?? EXAM??!!

Mesti ramai yg baru perasan kan bila lecturer ingatkan. Sem dah nak habis. Dan exam dah dekat.*panic
Eh lupa pulak:

Bismillahirrahmanirrahim.
Dgn nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Dalam kesibukan nak siapkan assignments, nak revise utk final exam n nak siapkan kerja kerja sampingan,ana tergerak nak buat perkongsian. Summary daripada apa yg ana dapat dalam bulatan gumbira,nasihat akhawat,tazkirah kat Twitter(tech-savvy gitu),baca kat buku dan pembelajaran dalam kelas. Lebih kepada teguran kpd diri sendiri sebenarnya. Tapi nak jugak jugak kongsi. Mana lah tahu bermanfaat kan,in shaa Allah. Sharing is caring :)

                            'EXAM'


Hah. Tuu diaa. Bagi word tu sebesar mungkin. Saja nak bagi cuak kat semua orang. Okay sapa yg dah duk cepat cepat sambar buku tu,tahniah anda dah ada kesedaran. hehe
Bila sebut tentang exam, mesti ramai yg terfikir pasal study struggle style,stay up sampai pagi,caffeine,selak buku tebal macam tilam dan sebagainya. Study week ni la masing masing muka aged. Dgn puffy eyebags nya. Ok cukup la hiperbola ana ni. Bila nak masuk isi kan. Asif.

Jujur,ana pun jenis yg macam tu. Bila dah stressed nak study sampai tak ingat benda lain dah. Then one blessed day ana terbaca tweet sorang senior ni;

Stay up berjam jam sampai pagi. Lepas tu terbabas subuh. Selak buku sampai baca hafal ayat sebaris sebaris. Tapi bukak belek Quran jarang sekali. Kita ni hamba Allah ke hamba exam sebenarnya?
Terbaca ayat dia dan sentap right on the spot. Sibuk sangat nak kejar dunia sampai kadang kadang akhirat berciciran. Macam tu la kita. Eh tapi tak semua la,ada je orang yg mampu balance both. Hehe jgn marah.
Fitrah la tu. Makin kita kejar akhirat,makin dunia kejar kita. Tapi once kita kejar dunia banyak sangat,ada risiko terabai akhirat kita :(
Sebab tulah kita,umat Islam bertuhankan Allah SWT dan bernabikan Rasulullah SAW ni kena pandai balance.

  • Nak study tu study la. Tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab. Ye study tu pun tanggungjawab,tapi kalau dah khusyuk sangat study sampai tak sedar dah masuk waktu solat. Lepas tu Zuhur ke mana Asar ke mana pun tak tahu. Mana yg lagi berat ni sebenarnya? Solat ke study? Alasan pulak tak dengar azan. Kenapa tak dengar? Sebab sumbat kapas dalam telinga. Nak concentrate study. Alahai.*geleng kepala

Orang yg paling senang bukannya orang yg duit beribu dalam purse. Tapi orang yg dengar je azan,terus ambik wudhuk,solat.
Dah kat panggilan azan tu pun Allah ajak kearah kejayaan. Study la macammana pun,kalau  Allah tak bagi berjaya,selamanya la kita gagal.

Eleh ye ye je kau ni. Kawan aku ada je sorang tak pernah sentuh sejadah pun. Solat jauh sekali. Tapi gempak je exam stret(straight) A. Ha jawab sikit.

Mesti ada yg fikir macam ni kan. Orang yg langgar perintah Allah tapi still berjaya kat dunia ni,tu bukan kejayaan. Tu istidraj nama dia. Macam Qarun dgn Firaun kan. Though diorang kuat menentang Islam,diorang la antara manusia paling berkuasa n paling kaya masa hayat diorang. Tapi ending diorang macammana? Tu tak sebut balasan kat akhirat lagi. Nak ke kita istidraj tu? Demi exam? Astaghfirullah :'(

  • Yg pasal stay up ni. Ehem. Ye lah ana mengaku ana pun nocturnal creature jugak. Maklum la kerja banyak. Lagi lagi kerja yg bertangguh(sila jangan contohi). Penangguhan kan pencuri masa. Curi masa tidur kita,masa rehat kita. Sedangkan Allah dah elok elok ciptakan waktu malam utk berehat dan beribadah,waktu siang utk mencari rezeki. Tapi kebanyakan anak anak muda sekarang ni waktu malam la peak hour dia. Situ la sibuk nak baca itu ini, buat itu ini. Dah dekat dekat waktu imsak baru nak tidur sekejap,dengan niat nak lelap mata seminit dua sementara tunggu azan Subuh. Ye ye la sekejap. Tetiba celik je dah terang benderang! Uhuk uhuk..
Okay lagi kalau celik mata dah terang. Boleh lagi cepat cepat tunaikan solat tu. Macammana kalau celik mata je dah gelap gelita. Rupa-rupanya dalam kubur dah,mati dalam keadaan tinggalkan solat. Tak ke naya.
Ha yg ni komen yg ana terbaca kat Twitter. memang naya!!

Sedang kan orang yg cerdik dia kan bahagikan waktu malam, sepertiga utk berehat,sepertiga utk beribadah. Sepertiga lagi ana tak pasti apa dia. Rasanya menuntut ilmu. Sesiapa yg tahu boleh tolong ingatkan tak? Maaf memori tak kuat sangat :(

  • Dalam mengejar deadline nak hantar assignment n kalut nak revision tu, ibadah jangan lupa. Kalau boleh yg sunat pun sekali. Lepas otak serabut hafal segala teori fakta formula dalam buku,boleh la selak selak al-Quran bagi ease out sikit serabut tu. Jangan selakje,belek dan faham sekali.Takkan nak biar naskhah tu kumpul habuk je atas rak. Allah dah turunkan al-Kitab ni dengan pelbagai fungsi dan kegunaan. Cuma bergantung dgn kita je nak manfaatkan macammana. Kalau kita guna takat nak ubat gangguan jin je,memang tu je lah kita dapat. Kalau kita nak manfaatkan 5% je, hasil 5% tu jelah kita dapat. Bayangkan kita manfaatkan 100%,subhanallah tak ke beruntungnya kita?  
Solat sunat pun boleh.Boleh la mintak dipermudahkan urusan ke,ditenangkan jiwa ke,didamaikan hati ke. Yang paling penting kita kena mintak Allah tetapkan kedudukan DIA kat dalam hati kita. Dengan mengingati Allah kan,hati akan menjadi tenang. Kan kan. Kita dah usaha bersungguh,lepas tu doa. Lepas tu tawakkal la. Tawakkal= menyerah diri kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh. Jangan usaha habuk pun takdak tapi dah siap siap tawakkal dah. Tu namanya putus asa.
Kemudian apabila engkau berazam maka bertawakkallah kepada Allah,sesungguhnya Allah mencintai orang yg bertawakkal kepada-Nya
(al-Imran:159)

  •  Last but not least,jaga diri. Jaga diri yg macammana? Jauhi perkara yg boleh gelapkan hati kita sebab bila hati dah gelap,ilmu pun susah nak masuk. Tu yg study sampai 3 pagi tapi sepatah pun tak faham tu. Contohnya,ketawa berlebihan,kutuk murabbi(guru),makan benda tak elok dan hidup dalam maksiat. Hidup dalam maksiat,by all means,kita memang susah sikit nak cegah dan kawal. Tapi kalau kita berusaha,in shaa Allah boleh. Siapa yg berusaha,dia yg dapat. Kan?

 





Benda yg boleh buat bekal masa exam. Kot kot x sempat makan. Actually bekal air masak dgn kismis je pun dah boleh alas perut :)

Cakap(dan type) memanglah senang kan. Nak amal tu yg payah sikit. Entry kali ni pun ditujukan kepada diri ana sendiri jugak. Kalau ada khilaf ke,kurang ke,sila la tegur ya.
Tidak lengkap iman seseorang kalau tak bertegur sesama Muslim
(Sahih Muslim)

Dan semua(termasuk ana) kena ingat.
Kita bukan hamba assignment. Kita bukan hamba exam. Kita hamba ALLAH.

-Layyinul Ainy