Tuesday 17 September 2013

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sebenarnya tak tahu nak mula macammana. Segan sbb ni blog orang,main tumpang post je,hihi. Awal awal di sini ingin dinyatakan bahawa ana ni ilmu tak banyak,so nak sertakan potongan potongan ayat Quran atau hadis tu mungkin tak banyak kot. Mampu nak bagi analogi yg boleh kaitkan dengan situasi kita everyday,in shaa Allah. Satu lagi,ana ni bab bab bahasa agak kureng sikit so kalau bahasa tu berterabur,maaf ye :3

Ok terus ke tajuk pertama(ewah)

Hijab. Sebut je perkataan ni,macam macam dah boleh muncul dalam kepala kan? Mostly akan terbayang tudung bermacam style,corak dan jenama. Tudung ekspress,tudung bulat,tudung bawal,shawl,al amira,banyak dah jenis yg trending among muslimah. Lagi lagi yg ada style tersendiri such as style Hana Tajima,style Najwa Latif,style Heliza Helmi,style Dian Pelangi,eh style Turban pun hadoo. btw,yg style turban tu ana kurang setuju. Kenapa? Well ana cerita lain kali ok. Dah dah sebelum melalut lagi jauh,kita back to the topic.
Perkataan hijab ni derived daripada perkataan Arab(maaf kurang pasti perkataan dia either 'hajaba' ke apa) yg bermaksud TO COVER atau MENUTUP/MELINDUNGI. Nak tutup apanya??

Aurat. Perkataan ni pulak daripada bahasa Arab jugak,yg maksudnya AIB atau sesuatu yg MENGAIBKAN. So,dah nama pun aib kan. Aib kita sendiri pulak tu. Nak tutup ke nak bukak aib diri sendiri? Sila jawab masing masing eh.

Nampak dah kaitan hijab dan aurat kat sini. Saling melengkapi. Sayangnya,ada je yg masih x boleh nak kaitkan keduanya sobs.
Macam macam alasan orang boleh bagi klu kita tanya pasal dua benda ni. Antara yg paling famous adalah:

#1
Eh aku dah pakai tudung kan. Berhijab lah tu. Cover rambut cukup la.

#2
 Semak lah nak pakai hijab. Hati tak ikhlas lagi. Benda macam ni kena tunggu ikhlas kat hati baru buat betul.

#3
Tak nampak lagi la apa hikmahnya tutup aurat ni. Tak tutup aurat tapi baik hati cukup la. Kadang kadang yg tak tutup aurat ni lagi baik dari yg tutup aurat.

Dan sebagainya. Ana bukan nak bidas satu satu pendapat pendapat ni. Nanti ada pulak timbul isu kebebasan bersuara kan kan. Tapi kepada yg berpegang teguh kepada mana mana pendapat kat atas ni,kena ingat jugak yg
1. Aurat bukan kat rambut je. Lengan, kaki,bahkan suara perempuan yg dilenggokkan pun aurat jugak. Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek,tu still labelled as dedah aurat jugak. Pakai tudung  tapi baju seluar ketat macam nak pegi scuba diving pun kira dedah aurat jugak. Kita nak tutup aurat bukan bungkus aurat. Pakai tudung tapi kaki x cover tu pun dedah aurat jugak. Ada je yg x faham kenapa kaki ni nak kena tutup. Ana x reti sangat nak sebut pasal ayat Quran yg terangkan pasal aurat tu(surah An Nisa). Tapi analoginya macam ni; Lelaki yang baik dia akan menundukkan pandangan. So bila dia menundukkan pandangan tu,pandangan dia jatuh kat kaki kita. So pakailah sarung kaki so that lelaki yg baik tu x dapat dosa free sebab kaki kita.<-------------------- ni nasihat dari sorang akhawat(saudara perempuan)

2. Memang la nak buat something kita kena ikhlas. Tapi kalau asik tunggu je,bila ikhlas tu nak datang kan? Kena la buat dulu,pastu biasakan diri,in shaa Allah ikhlas tu datang la. Hidayah tu kan macam cahaya,ia takkan masuk tembus kat jendela hati yang tak terbuka. Lagi lagi pasal benda yg dituntut agama macam ni,kena la penuhi. Kata nak syurga,kena la usaha.Kan?

3. Yeke baik hati je dah cukup,tutup aurat dah tak perlu dah kalau dah baik hati? Kita dikira baik ke kalau kita tak ikut suruhan Allah? Cuba fikirkan. Memang la ada je yg tutup aurat tapi lagi tak baik dari orang yg tak tutup aurat. Tapi tak semua kan. Plus, kan ke elok orang yg dah rasa dia dah cukup baik walaupun tak tutup aurat ni yang tunjuk contoh yang baik. Mula tutup aurat,then ajak la orang yg tutup aurat tapi kurang baik ni ke arah kebaikan. Kan ke dah pakej pahala tu,in shaa Allah :)

Pasal orang yg tak nampak lagi apa hikmah tutup aurat ni,mungkin dia tak pernah terbaca kot analogi analogi pasal aurat yg berlambak kat dalam buku,kat internet and even kat alam sekeliling ni. Kot la.
Macam macam dah yg dikaitkan pasal aurat dan hijab ni tau. Yang ana pernah jumpa pasal gula-gula,pasal jam tangan,eh pasal smartphone pun hadoo. Tapi satu contoh yg ana rasa semua senang nak faham pasal aurat,hijab dan duit kot. Apa kaitannya? Macam ni.

Kalau kita ada duit banyak(seratus hengget tu dah kira banyak kot),kita nak walk around sambil tunjuk tunjuk duit tu ke nak simpan elok elok dalam wallet(or maybe purse)? Mesti dalam dompet kan. Orang pelik je kot yang nak tayang duit banyak kat khalayak ramai. Nak mencapub lettew. Orang yg normal mesti nak simpan duit tu elok elok,kalau boleh taknak orang nampak pun duit sebab duit kan berharga. Takut kena pow(Pou pun boley). Sebab duit tu nak simpan atau guna kat tempat yg sepatutnya macam bank ke,kedai ke,dll la.
Macam tu jugak la dengan aurat kita. Aurat tu jugak melambangkan maruah kita. Kita taknak la murah murah je jual maruah kita kat orang,mesti la nak simpan untuk si dia yang selayaknya kan. Ewah 'si dia' gituu. Sekarang maruah kita d tamsilkan dengan duit dalam analogi tadi. Kita nak tutup,nak simpan sebab dia berharga. Tak nak bagi orang lain senang senag je ragut maruah(dalam analogi tadi duit) kita. Kita pun tak lah nak saja saja tayang kan. Dompet tu pulak macam hijab kita la. Dia protect duit/aurat kita daripada terdedah kepada bahaya. Kita pun kena la bersungguh pertahankan dompet/hijab kita tu.
See? Nampak dah hikmah hijab tu kat sini?




Allah dah perintahkan,kita kena la patuh. Nak syurga kan, Nak redha Allah kan. Tak boleh la kalau kita duk melangut tunggu hidayah datang je baru nak buat perintah Allah,Allah takkan ubah nasib suatu kaum tu melainkan kaum tu yg berusaha nak ubah nasib sendiri<------ tak ingat ni ayat Quran surah apa,boleh tanya kat kawan kawan yg lagi banyak ilmu dari ana. Harapnya mesej sampai lah ye. Maaf ana banyak kekurangan :'(

So? Jom, Bertatih merangkak berjalan berlari menuju-NYA.

-Layyinul Ainy

3 comments:

  1. ain, cuba google "link within for blog"

    ReplyDelete
  2. for what?? aku xda kuasa buat apa2 d blog ni selain post..

    ReplyDelete
  3. cdgn jak.....berguna tau....oh ya, btw ni blog siapa jgk? ko kah atau si sabariah?

    ReplyDelete